Kitab suci agama Buddha Gautama_Buddha

Kitab suci agama Buddha ialah Tipitaka atau Tripitaka (Sanskrit). Kitab Tipitaka yang lengkap hanyalah yang berbahasa Pali iaitu bahasa yang dipergunakan oleh Gautama Buddha dan oleh rakyat jelata suku Magadha. Kitab suci agama Buddha yang paling tua, diketahui hingga sekarang tertulis dalam bahasa Pali, yang terbahagi dalam tiga kelompok besar yang disebut sebagai 'Pitaka' atau 'bakul' iaitu Vinaya Pitaka, Sutta Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.